Monday, July 13, 2015

WAU

Permainan Wau

Pengenalan
Permainan wau ini juga dikenali dengan layang-layang.Permainan wau amat digemari oleh penduduk-penduduk kampung. Permainan ini dimainkan sejak kurun ke 15. Wau masih digemari dan dimainkan di kawasan-kawasan seperti Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis.

Wau dicipta dalam pelbagai bentuk dan mempunyai nama tersendiri seperti wau burung, wau pari, wau katak, wau bayan, wau merak, wau kucing, wau jala budi, wau lenggang kebayan, wau sewah dan wau barat. Begitupun wau bulan sangat digemari oleh orang Melayu. Reka corak biasanya bermotifkan awan larat akan menghiasi kebanyakan wau yang dihasilkan dan diwarnakan dengan pelbagai warna. Selain dijadikan bahan permainan, wau juga menjadi hasil kraftangan dan hiasan dinding

Cara Bermain

Pada kebiasaannya wau akan dimainkan oleh dua orang iaitu seorang akan memegang wau dan seorang lagi yang dipanggil juru anjung akan memegang tali. Apabila angin bertiup maka tali akan ditarik melawan arus angin dengan cara menghulur dan menarik talinya sehinggalah wau tersebut tinggi di udara. Kilauan cahaya matahari akan menambah cantik lagi wau yang berwarna-warni itu.

SEPAK RAGA

ASAL USUL SEPAK RAGA
Permainan sepak raga wujud sejak 600 tahun lalu. Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, selain dimainkan oleh golongan bangsawan, rakyat jelata juga menggemari permainan ini. Dalam sejarah Melayu menceritakan tentang Raja Muhammad, putera Sultan Mansor Shah Muhammad tertanggal tanjaknya akibat terkena bola raga tendangan Tun Besar.

Bola sepak raga diperbuat daripada bilah-bilah rotan yang dianyam bulat seperti raga sebesar isi buah kelapa dua atau tiga lapis.

CARA BERMAIN:
Dalam permainan sepak raga, beberapa pemain berdiri dan membentuk satu bulatan. Permainan ini dimulakan dengan salah seorang pemain melambung bola kepada rakannya dengan tangan. Rakannya itu akan menimang bola itu dengan kakinya sekali atau beberapa kali, sebelum menendangnya ke arah pemain lain. Pemain-pemain yang membentuk lingkungan atau bulatan itu mestilah bergilir-giliran menimang bola itu dan mengawalnya supaya tidak jatuh ke bumi. Jika bola itu jatuh, permainan dalam pusingan tersebut ditamatkan.

Menimang Bola
Permainan ini memerlukan ketangkasan dan kecekapan fizikal serta ketajaman mata untuk mengukur pergerakan. Matlamat setiap pemain ialah memantapkan kemahiran menerima hantaran bola raga dan menimangnya dengan selesa selama yang mungkin. Jangka masa permainan tidak ditentukan kecuali dalam pertandingan yang lazimnya dianjurkan sebagai acara berpasukan. Pasukan yang berjaya membuat timangan paling banyak dalam suatu tempoh yang ditetapkan, dikira menang.

Pada masa ini sepak raga tiada lagi dimainkan, ianya telah ditukar dengan nama kepada sepak takraw. Sepak takraw mengadukan dua pasukan yang dipisahkan oleh jaring, seperti dalam permainan badminton. Pasukan sepak takraw terdiri daripada tiga pemain. Tekong melakukan sepak mula dan mengawal bahagian belakang gelanggang. Apit kiri dan apit kanan mengawal bahagian hadapan gelanggang dan memikul tugas utama mematikan bola di gelanggang lawan.


ASAL-USUL SEPAK TAKRAW

Sepak Takraw dipercayai berasal dari peramainan Cina iaitu Cuju bermaksud menendang bola. Ia terkenal di Malaysia dan Thailand pada tahun 1400. Ia dikenali sebagai ‘takraw’ dalam Thai. Dahulu ia dimain oleh pemuda dan kanak-kanak berdiri dalam bulatan dan menimbag bola bergiliran. Apabila bola itu terjatuh pusingan itu tamat. Pada 1740 peraturan-peraturannya dikenalkan.Kemudiannya ia dimain dengan jaring memisahkan dua pasukan itu. Pada 1933, permainan itu dimain di Negeri Sembilan, Malaysia.

CARA BERMAIN
Ia mengandungi dua pasukan mengandungi 3 pemain. Satu ‘belakang’ yang berdiri di belakang, sartu ‘kanan dalam’ yang berdiri di kanan dan yang terakhir adalah ‘kiri dalam’ yang berdiri di kiri. Sebuah bulatan di dilukis ditengah gelanggang.

1.Membaling syling dan siapa yang mmenang akan dapat pilih untuk memulakan dahulu atau memilih gelanggang mana mereka mahu.

2.Mulakan pertandingan itu. Mereka hanya boleh menggunakan kaki atau kepala mereka.

3.Untuk pasukan itu memenaagi sebuah mata , penentang mereka harus tidak dapat membawa kembali bola itu.

KONDA KONDI

Permainan tradisional telah berupaya membentuk sebahagian daripada kehidupan yang dilalui oleh nenek moyang pada zaman mereka. Asas penting yang menjamin kesinambungan permainan tradisional pada masa lalu ialah keseragaman cara hidup nenek moyang kita. Permainan tradisional juga dikenali sebagai permainan rakyat. Ada di antara permainan ini yang sekarang tidak dimainkan lagi tetapi hanya diketahui oleh ibu bapa dan datuk nenek kita sahaja. Tetapi ada juga yang masih dimainkan lagi oleh kanak-kanak sehingga hari ini.  Antara permainan itu termasuklah Konda - Kondi.

Sejarah
         
Permainan ini bermula di Negeri Melaka dan berkembang ke negeri-negeri lain di seluruh Malaysia, permainan ini menjadi popular di kalangan kanak-kanak lelaki berbangsa melayu sahaja. Pemain memerlukan kekuatan mental dan fizikal semasa bermain. Permainan Konda-kondi juga dikenali sebagai ‘ perik mata ’.

Peralatan

Peralatan yang diperlukan dalam permainan ini terdiri daripada dua batang kayu hanya sebesar ibu jari sahaja.
  1. Kayu Ibu, (kayu panjang) kayu ini digunakan sebagai pemukul (penyungkit). Panjang kayu 60cm. Kayu ini berbentuk lurus, bulat dan dari kayu yang keras.
  2. Kayu Anak, (kayu pendek) kayu ini dikuis oleh pemain ke udara. Panjang kayu ini 15cm. Kayu ini juga berbentuk lurus, bulat dan jenis kayu yang keras.

Tempat bermain

Permainan ini tidak perlu ada ruang yang luas, sebaik-baiknya dijalankan di tengah-tengah padang untuk memudahkan permainan dimainkan.  Di tengah-tengah padang di korek sebuah lubang sedalam 15cm dengan panjangnya 15cm dan lebarnya 10cm. Tujuan lubang ini dibuat adalah memudahkan pemain menyungkit kayu anak melambung ke udara.

Cara Bermain

Permainan Konda-Kondi dimainkan oleh dua pasukan. Setiap pasukan terdiri daripada dua orang. Lebih meriah permainan dimainkan lebih dari enam orang satu pasukan.
Cara memulakan permainan undian cara ‘ wan to som ’ akan dilakukan untuk menentukan pasukan yang harus  memulakan permainan terlebih dahulu.

Cara Pertama

          Pemain pertama memulakan permainan dengan meletakkan kayu anak melintang di lubang, manakala kayu ibu menyungkit kayu anak itu supaya melambung ke udara. Selepas itu pemain pertama meletakkan kayu ibu  di lubang. Pada masa yang sama pemain pasukan lawan hendaklah cuba menyambut anak kayu yang dikuis oleh pemain sebelum jatuh ke tanah.
          Jika pasukan lawan berjaya berbuat demikian, semua pemain daripada kumpulan yang sedang bermain dikira mati. Permainan akan diambil alih pula oleh pasukan lawan, tetapi jika pasukan lawan gagal menyambutnya. Mana-mana ahli hendaklah membalingkan kayu anak masuk ke dalam lubang ataupun mengenai kayu ibu.
          Sekiranya kayu anak itu masuk ke dalam lubang ataupun terkena kayu ibu yang di letakkan secara melintang hanya pemain itu sahaja dikira mati. Sebaliknya, jika kayu yang di balingkan oleh pemain lawan itu tidak mengenai lubang atau kayu ibu tersebut, pemain tersebut boleh mendapatkan mata dengan mengira jarak kayu itu jatuh dari lubang. Satu jarak kayu ibu dikira satu mata.

Cara Kedua

          Pemain tadi akan mengambil kayu anak dan melambungkan ke udara, kemudian memukul kuat dengan kayu ibu. Pemain akan diberi peluang sebanyak tiga kali jika pukulan pertama atau kedua tidak kuat.
          Sekali lagi pemain lawan cuba menyambut, jika tidak berjaya pemain tadi boleh mendapat mata dengan kiraan yang sama. Mata yang diperoleh dicampur dengan mata dari langkah pertama.

Cara Ketiga

          Seterusnya, pemain beralih kepada langkah ketiga yang disebut ‘ patuk ular ’. Pemain menyandarkan kayu anak di tepi lubang, kemudian mengetuk hujung kayu anak dengan kayu ibu. Jika pukulan dibuat dengan baik , kayu anak akan melambung ke udara. Pemain itu hendaklah bersedia untuk memukul kayu anak itu sebelum jatuh ke tanah dengan menggunakan kayu ibu. Kiraan mata tetap sama seperti sebelumnya. Pasukan yang mempunyai mata tertinggi memenangi perlawanan ini.

Peraturan Permainan

          Antara peraturan yang perlu dikenakan kepada pemain atau pasukan dalam permainan ini ialah:
1.                 Permainan hanya boleh dimainkan secara kumpulan sahaja. Sebaik-baiknya dimainkan dua kumpulan yang masing-masing mempunyai dua atau tiga orang pemain.
2.                 Setiap pasukan harus mempunyai satu set alat permainan konda-kondi.
3.                 Hanya dua batang kayu yang berlainan saiz diperlukan.
4.                 Setiap pemain termasuk pihak lawan tidak boleh mengacah ketika pemain pertama memulakan permainan.
5.                 Sekiranya pemain telah terbatal permainannya, kayu yang digunakan harus diberi kepada pihak lawan dengan baik.

Perkara Yang Membatalkan Permainan

1.                 Jika kayu anak dapat disambut oleh penjaga. Pemain dikira  ” mati ”
2.                 Jika kayu anak yang dilemparkan oleh penjaga mengena kayu ibu atau termasuk lubang, pemain pemain dikira ” mati ” dan permainan terpaksa diberhentikan.
3.                 Pemain akan dikira mati apabila kayu anak jatuh di suatu tempat yang jaraknya dengan lubang tidak sampai satu ukuran kayu ibu.
4.                 Pada peringkat ketiga, pemain tidak dapat memukul kayu anak sebanyak tiga kali, pemain seterusnya akan melakukan pukulan.
5.                 Jika kayu anak terkena badan pemain, satu mata kiraan akan ditolak.
6.                 Kumpulan penjaga dapat bermain selepas pemain akhir ” mati ”.


Kiraan Mata

Terdapat dua cara mengira mata kemenagan:

  1. Mengukur menggunakan panjang kayu ibu. Cara ini adalah cara yang paling banyak digunakan oleh para pemain.
  2. Mengira padang atau mengira satu-satu pusingan dengan menentukan masanya. Misalnya selama satu jam.
Sekiranya salah satu kumpulan mempunyai mata yang lebih tinggi berbanding pihak lawan, bermakna pusingan tersebut dimenangi oleh kumpulan yang mengutip mata yang banyak.

Fungsi Masa Kini

Konda-kondi hanya dimainkan oleh kanak-kanak untuk mengisi masa lapang mereka apabila penat belajar. Kepopularan konda-kondi adalah terhad, permainan ini juga tidak dapat dipastikan masa hadapannya. Mungkin suatu hari kelak permainan ini tidak lagi dikenali.

Kesimpulan

Sebagai satu permainan tradisional, adalah diharapkan lebih baik permainan ini sebagai permainan yang dimainkan  oleh murid-murid sekolah. Oleh demikian semua pihak sama ada pihak sekolah atau pihak berwajib harus mengenengahkan permainan ini sebagai salah satu aktiviti sukan yang penting.

untuk tengok cara bermain sila klik link ini http://www.youtube.com/watch?v=6Cmebdfn7bk

GALAH PANJANG

Galah panjang adalah sejenis permainan tradisional yang dimainkan di atas gelanggang yang dilakar di atas tanah kosong. Gelanggang yang dibuat mengandungi 2 lajur dan beberapa baris bergantung kepada bilangan pemain. Gelanggang galah panjang dibuat mengikut bilangan pemain yang bermain galah panjang. Contohnya jika pemain ada 10 orang, gelanggang yang dibuat mengandungi 4 baris. Jika bilangan pemain sebanyak lapan orang, gelanggang galah pnjang mengandungi 3 baris. Permainan ini melibatkan kepakaran seorang ketua atau ibu untuk mengawal gerakan anak buah bagi pihak yang mengawal gelanggang. Manakala kecekapan dan kepantasan teruji kepada pihak yang menempuh gelanggang. Jika pihak menempuh gelanggang mempunyai kebijaksanaan menempuh gelanggang, maka mereka boleh menang dengan mudah.

CARA BERMAIN

Cara permainan galah panjang tidaklah sesukar mana tapi ia dapat menguji kepintaran, kecekapan dan kepantansan setiap pemain.
  1. Gelanggang galah panjang di lakar diatas tanah yang lapang. Panjang dan lebar bergantung kepada pelukis garisan dan bilangan pemain. Selalunya satu petak galah panjang berukuran lebih kurang 2 meter x 1.5 meter.
  2. Selepas pemilihan dilakukan, setiap kumpulan akan melakukan pemilihan ketua. Ketua dari kedua-dua kumpulan akan mengundi siapa yang menjaga gelanggan dan siapa yang menempuh gelanggang.
  3. Selepas penentuan, kumpulan yang menjagaa gelanggang akan menjaga gelanggang dengan berpijak diatas garisan yang dilukis tadi. Ketua akan menjaga garisan tengah dan bebas pergi kemana-mana garisan depan atau belakang.
  4. Kumpulan menempuh gelanggang akan berkumpul di depan, seterusnya ketua akan menyapakan tanganya dengan ketua pihak lawan. Seterusnya merka belari masuk ke dalam gelanggang.
  5. Penjaga akan mejaga kawasannya agar pihak penempuh tidak melepasi garisan yang dijaganya.
  6. Penempuh akan menempuh sampai melepasi garisan paling akhir tanpa disentuh oleh penjaga gelanggang dan kemudiannya berpatah balik.
  7. Kemenangan tercapai apabila orang yang telah melepasi garisan paling akhir melepasi garisan permulaan. Dan permainan diteruskan sehingga ada pemain yang ingin berhenti.

SYARAT PERMAINAN

  1. Jika penjaga gelanggang dapat menyentuh anak buah, maka anak buah akan mati atau tamat gilirannya bermain dan dikehendaki keluar gelanggang.
  2. Jika penjaga gelanggang menyentuh ketua, maka seluruh ahli penempuh akan tamat giliran dan akan bertukar giliran antara penjaga dan penempuh.

Sunday, July 12, 2015

teringat permainan zaman dulu

teringat dulu dulu pernah jugak main ngan kawan kawan ni..lama x main congkak..nak harapkan budak sekarang memang x la main congkak..ni nak kasi refresh balik permainan tradisional malaysia ni

Latar belakang

Congkak yang dipercayai berasal daripada dunia Afrika atau Arab, bergantung kepada teori mana yang anda percayai. Bagaimanapun, bukti tertua yang dijumpai oleh cari gali purba yang dibiayai oleh Persatuan National Geographic menjumpai kepingan batu kapur yang mempunyai dua liang selari bertarikh semenjak 5000 hingga 7000 SM di masa kini Jordan.[3]
Dari Timur Tengah, permainan ini tersebar ke Afrika. Congkak tersebar ke Asia melalui pedagang-pedagang Arab.
Di Asia Tenggara, congkak mungkin berkembang dari Melaka memandangkan negeri ini merupakan pusat perdagangan pada waktu dahulu. Nama "congkak" dipercayai berasal dari perkataan Bahasa Melayu "congak" yang bermaksud pengiraan mental. Selain orang Melayu, keturunan peranakan India dan Baba Melaka turut meminati permainan Congkak. 
Kanak-kanak di Kepulauan Caribbean juga bermain congkak. Congkak dipercayai sampai ke sana melalui perdagangan hamba. Di sana, congkak dikenali sebagai warri atauawari. Di Indonesia, congkak dikenali dengan nama congklak, di Filipina, sungka.
Pada zaman dahulu, golongan istana bermain congkak dengan menggunakan papan congkak yang berukir mewah, sementara di kalangan rakyat jelata, ia sekadar dimainkan dengan mengorek lubang di dalam tanah. Pada hari ini, congkak dimainkan di seluruh dunia.
Congkak begitu popular dan diminati sehingga peminat-peminatnya mencipta pelbagai laman web di internet. Dalam laman-laman web ini disenaraikan pelbagai maklumat tentang congkak dalam budaya dan bangsa di seluruh dunia. Terdapat juga permainan congkak dalam talian.

Asas permainan

Permainan congkak melibatkan pengiraan. Mereka yang cekap mencongak mempunyai kelebihan mengumpul mata dan seterusnya memenangi permainan.

Papan congkak berbentuk bangau menyudu.
Dalam permainan congkak, terdapat dua bahan iaitu papan congkak dan buah congkak. Papan congkak berbentuk sampan dan boleh diperbuat daripada pelbagai jenis kayu dan terdapat lima atau tujuh lubang sebaris yang dikenali sebagai 'kampung' dan di kedua-dua hujungnya terdapat lubang ibu yang dikenali sebagai 'rumah'. Panjang papan congkak tujuh lubang biasanya sekitar 80 cm dan lebanya 18 cm.]
Dua orang pemain diperlukan dan berkedudukan mengadap satu sama lain. Untuk memulakan permainan, biji getah atau guli akan diisikan dalam setiap kampung dengan sama banyak dan rumah dibiarkan kosong.
Dalam permainan ini, pemain akan memulakannya dengan serentak. Mereka akan mengambil buah congkak dan dimasukkan secara satu persatu buah congkak ke dalam setiap 'kampung' menuju ke rumah masing-masing menurut arah pusingan jam, sehingga salah seorang berhenti di lubang yang kosong dan dianggap mati. 'Rumah' kepunyaan sendiri terletak di lubang hujung sebelah kiri pemain. Pemain yang seorang lagi akan terus berjalan sehingga dia berhenti di lubang yang kosong. Dan selepas itu setiap pemain akan bergilir berjalan sehingga buahnya mati. Setiap pemain akan meneruskan permainan sehingga kehabisan buah congkak, dan pemain akan mengisi lubang dengan buah yang terdapat dalam lubang ibu. Pemain yang tidak cukup buah akan ditutup lubangnya, dan pemain yang menang dalam giliran sebelumnya akan memulakan permainan. Ini akan diulang sehingga salah seorang pemain tidak cukup buah bagi mengisi satu lubang sekalipun dan dianggap kalah, atau apabila kedua-dua pemain sudah bosan.
Sekiranya pemain telah membuat satu pusingan, iaitu melepasi lubang ibu dan kembali ke lubang sebelah pemain, ia boleh mengambil buah di sebelah lubang bertentangan sekiranya ia mati di sebelah sendiri. Ini dikenali sebagai "tembak".

Peraturan permainan

Berikut merupakan peraturan permainan congkak yang paling biasa:
  1. Dua orang pemain duduk berhadapan menghadap papan congkak, dimulakan dengan kedua-dua pemain serentak mencapai buah di kampung masing-masing dan memasukkan buah satu demi satu di dalam lubang kampung dengan pergerakan dari kanan ke kiri hingga ke rumah dan kampung lawan.
  2. Gerakan diteruskan hingga buah yang terakhir pada tangan dimasukkan dalam kampung kosong di kawasan sendiri atau lawan dan pemain hendaklah berhenti, sekiranya buah itu jatuh atau mati di kampung sendiri. Pemain itu boleh menembak kampung lawan yang setentang dengan kampungnya iaitu mengaut kesemua buah (jika ada) di dalam kampung tersebut, hanya selepas membuat satu pusingan.
  3. Pihak lawan mengambil giliran meneruskan permainan hingga buahnya mati. Sekiranya buah terakhir jatuh di dalam rumah sendiri, pemain boleh meneruskan permainan dengan mengambil buah yang masih banyak di mana-mana kampung sendiri. Sekiranya buah terakhir jatuh di kampung kosong pihak lawan, maka permainan itu mati di situ sahaja dan pihak lawan boleh memulakan permainan seterusnya hingga mati.
  4. Sekiranya tidak terdapat sebarang buah di kampung pemain sungguhpun giliran berada dipihaknya, maka giliran untuk menggerakkan buah akan berpindah kepada pihak lawan.
  5. Setelah tamat pusingan pertama, setiap pemain mengisi semula kampung dengan buah congkak dan jika ada kampung yang tidak cukup buah, ia dianggap 'terbakar'. Kampung ini tidak boleh diisi apabila bermain pada pusingan yang kedua, ketiga dan seterusnya hingga pihak lawan mengaku kalah.
Di akhir permainan, buah congkak dikira dari rumah masing-masing. Pemenang adalah yang memiliki buah congkak terbanyak. Sekiranya jumlah buah congkak sama banyak, maka pemain dengan jumlah kampung terbakar terbanyak dikira kalah.

Perbezaan peraturan

Walaupun permainan congkak kelihatan sama dengan permainan lain yang berasaskan lubang dan buah seperti Manchala dan Sungka, terdapat beberapa perbezaan dari segi peraturan.
Perbezaan utama ialah semasa permulaan permainan di mana permainan congkak bermula serentak antara kedua-dua pemain. Pengagihan buah dalam permainan congkak juga bergerak mengikut arah jam berbanding dengan permainan lain yang bergerak secara melawan arah jam.

Cara membuat congkak


Congkak plastik moden.
Lazimnya dibuat dari kayu hutan seperti merbau, keruing, balau dan sebagainya. Terdapat juga papan congkak yang dibuat dari kayu rambutan, nangka dan sebagainya, mengikut kemampuan si tukang pembuat congkak.
  1. Kayu ditebang menggunakan kapak dan dipotong mengikut kepanjangan papan congkak yang bergantung kepada lubang rumah yang dihasilkan kelak.
  2. Kayu yang masih buah dibelah dua bahagian. Hanya satu bahagian sahaja yang diperlukan dalam membuat congkak.
  3. Setelah dibelah, gergaji digunakan untuk mengerat lebihan kayu yang tidak terpakai. Parang atau pahat digunakan untuk melicinkan batang kayu tersebut.
  4. Kayu tersebut akan dipahat untuk membuat lubang. Lubang-lubang ditebuk dalam dua baris dan dinamakan ‘kampung’ yang mempunyai jumlah bilangan tertentu.
  5. Ditebuk satu lubang besar di kedua-dua hujung yang dikenali sebagai ‘rumah’.
  6. Pahat bermata halus digunakan untuk melicinkan lubang tersebut. Ini penting supaya tidak menggelikan jari-jari pemain sewaktu bermain.
  7. Setelah siap, papan tersebut akan diukir dengan pelbagai hiasan seperti bentuk tumbuh-tumbuhan, kosmos, geometri dan sebagainya.
  8. Papan congkak divarniskan dengan warna perang kekuningan, perang kemerahan, perang atau hitam.
Congkak juga dihasilkan daripada logam ataupun tanah di kawasan pendalaman. Tempurung kelapa digunakan supaya tangan tidak kotor terkena tanah.
Congkak zaman moden kebanyakkannya diperbuat dengan plastik keras atau kayu mampat, dan dengan pelbagai jenis rekaan. Congkak juga diubahsuai menjadi mudah alih (portable), dan boleh dibimbit untuk dibawa ke mana-mana sahaja.
Buah congkak lazimnya menggunakan biji guli, buah saga, biji plastik, batu kecil, dan biji getah. Namun demikian, buah congkak tidak mempunyai bentuk yang tetap; apa-apa sahaja yang agak bulat dan sesuai boleh digunakan.
untuk info lebih lanjut bolek rujuk web ni http://traditionalgamescct.blogspot.com/2013/03/congkak.html